bulan 3 SC try masuk laman web kerajan SPA (http://www.spa.gov.my/) untuk tgk2 sebab member cakap kalau nak cari kerja kat kerajaan try sini.so SC try log in,register,isi borang permohonan online.ada 10 pekerjaan yang perlu SC isi dan yang pertama Sc isi dalam pekerjaan itu ialah... AHLI FOTOGRAFI B17.ya,itu lah yang Sc letak.mula2 ye Sc buat nie untuk saja2 dan yakin xde ape pun akan jadi kot..
bulan 4 rasenye SC terima surat dari SPA yang menberitahu permohonan SC telah diterima.bukan terima kerja tapi borang permohonan je.ingatkan dah dapat kerja.adeh..
tapi bagi SC nie biase je.surat pun print guna computer tanpa tanda tangan kerajaan or pegawai kerajaan.mesti dieorg tekan print je,kuar dan pos je kat SC.
awal bulan 5,SC dapat surat lagi dari SPA.surat ape lak kali nie?hmm..surat untuk menduduki ujian bertulis bagi jawatan AHLI FOTOGRAFI B17.SC gosok mata dan macam xpercaya jer.tp tu la yang SC kena.hujung bulan 5,SC pergi ambil ujian dengan berbekalkan pengalaman,print asas fotografi dari forum mana tah dan pengetahuan SC.
ini lah SPA bagi masa ujian bertulis.

=======================================================================================
KANDUNGAN KERTAS SOALAN
BAHAGIAN 1 - BERTULIS
Kertas Bahagian (Bertulis) - mengandungi 3 seksyen :
Seksyen A - Aneka Pilihan (Pengetahuan Am dan Asas Fotografi)
Seksyen B - Esei (Perancangan Fotografi)
Seksyen C - Esei (Analisa Gambar)
SEKSYEN A - ANEKA PILIHAN (PENGETAHUAN AM DAN ASAS FOTOGRAFI)
Soalan-soalan yang akan dikemukakan adalah berhubung dengan perkara-perkara berikut :-
a. Pengetahuan Am - 20 soalan
i) Dasar-dasar Kerajaan
ii) Kenegaraan
iii) Ehwal Semasa
b. Asas Fotografi - 20 soalan
i) Kamera
ii) Filem dan Kertas
iii) Cahaya dan Warna
iv) Penapis
v) Prinsip dan Elemen Komposisi
Soalan : 40 aneka pilihan
Masa : 40 minit
Markah : 40
SEKSYEN B - ESEI (PERANCANGAN FOTOGRAFI)
Soalan-soalan yang akan dikemukakan adalah berkaitan dengan tugas Ahli Fotografi dan urusan kerja sebagai Ketua Unit Foto.
Soalan : 2 (wajib dijawab)
Masa : 1 jam 20 minit
Markah : 30
SEKSYEN C - ESEI (ANALISA GAMBAR)
Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan penganalisaan 4 keping gambar yang disediakan dan merangkumi aspek-aspek berikut :-
i) Komposisi : 4 markah
ii) Mesej : 2 markah
iii) Teknik Fotografi : 1.5 markah
iv) Jumlah Markah : 7.5 markah
Soalan : 4 (wajib dijawab)
Masa : 1 jam
Markah : 30 (7.5 markah setiap gambar)
========================================================================================
bulan 7 pulak.korang rasa ape yang terjadi?SC lulus!xpercaya langsung.biar betul nie kan..tapi tu lah lagi surat dari SPA yang hantar ke SC.tak sangka langsung!SC lulus!hahaha~ sangat gembira tapi bukan itu saja ujian die sebenarnya.ada lagi.. ujian selepas ujian bertulis ialah ujian amali.ujian amali ini pulak memerlukan sebuah kamera yang manggunakan filem 35mm.SC mana ada SLR.kamera 35mm SC yang ada pun Lomo Supersampler,ribena cam a.k.a pRoJeKcam dan Lomo Holga GN120.pening SC mencari kamera SLR nie.akhirnya member Sc dari seremban sanggup meminjamkan kamera turun temurun familynya kepada SC.kamera itu ialah ZENIT 122 SLR.kamera lama nie!SC pinjam SLR member SC nie untuk dua minggu sebelum uijan terakhir.oh,lupa nak beritahu nama member SC.nama die Johan Affendy.thanx bebyk bro~
sbb SC pinjam awal kerana SC ingin lihat hasil yang akan dihasilkan dari kamera old skool ZENIT.SC gunakan kamera itu di event KAED Fest di UIA.owh,filem pun SPA ada bagi tahu yang SC perlu menggunakan filem Kodak Gold 200 24exp.filem nie susah nak jumpa kalau cari kat kedai gambar sebab kebanyakan filem yang dijual di kedai gambar ialah 36exp.mencari filem itu merata2 juga hingga kr petronas dekat rumah.petronas?petro pump?ade ke jual filem?ade!dekat situ je yang ade filem yang SC nak kan.punye lah susah2 cari..rupa2nya ade dekat je dengan rumah.adeh~
so,SC snap la sana sini dan hasil die best sgt.SC suka kamera tu dan filem yang SC guna.menarik!
dan hari ujian pun dah tiba..adeh..gabra gile time tu.kena pi angkasapuri.tgk gelagat orang lain dengan canggih2 punye kamera SLR.bermacam2 lens.cuak gile beb!tapi macam biasa,SC lagak 'cool' jer..haha~semua org ada dlm 40+ juga la.hmm..SC yakin akan dapat disebabkan kamera ini!semua dibawa ke padang merdeka untuk ujian.mula2 ingat kena shoot dalam angkasapuri.best dapat naik bas kerajaan.hahaha~
bawah nie die punye guildline la..
=======================================================================================
BAHAGIAN II - UJIAN AMALI
Soalan-soalan yang akan dikemukakan adalah untuk menguji bakat, kebolehan dan kreativiti calon dalam bidang fotografi. Calon-calon dikehendaki mengambil gambar berdasarkan kepada 4 tajuk yang akan disediakan. Bagi setiap tajuk, calon-calon dibenarkan mengambil 5 ’snap shot’ sahaja. Penilaian adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut :
i) Komposisi : 30 markah
i) Mesej : 20 markah
ii) Teknik Fotografi : 50 markah
v) Jumlah Markah : 100 markah
Soalan : 4 (wajib dijawab)
Masa : 2 jam
Markah : 100 (25 markah setiap soalan)
"Selamat Maju Jaya"
=======================================================================================
ceh...selamat maju jaya beb.hehe~ape lagi,snap sama sini la.dari pdg merdeka,jalan ke Central Market ke Petaling Street ke Pudu ke belakang Central Market dan akhir di pdg merdeka.penat gile beb!tp....SC lupa tulis nombor shoot SC td!adui ai~ xtahu pulak kena tulis.mengelabah ingatkan balik nombor shoot td.dah la kena bahagikan dengan 4 tajuk!bertambah la pening ye.siot tui la.bantai je tulis dan bagi kat pemeriksa.damn!
bulan sebelas...saja2 tgk laman web SPA.kat situ korang leh tgk status permohonan korang.SC taip masuk nombor kad pengenalan.dan keluar lah..SC lulus lagi!xsangka langsung lagi!adui ai~biar betui nie..SC backkan page dan retype IC..84102810****
keputusan yang sama juga!menarik!SC lulus..hahaha~ tapi kena pergi temu duga dulu dekat putrajaya..gembira terus bertukar risau..apa yang SC nak bawak masa teme duga nanti?adeh~penin lagi~SC try tanye member2.
BERSAMBUNG....







3 comments:
wahhh! hebat lah enche sc nih! all the best yeah! :D
woaaa sc cayalahh... gambateneh bak kata org jepun...
thanx kapada yang mengomen~
sangat dihargai.. :D
Post a Comment